Labels

Monday, August 15, 2016

Sifat Allah Ya Mutakabbir


ALLAH Ya Mutakabbir Yang Maha Memiliki Kebesaran. Seluruh kebesaran di atas dunia ini adalah milikNYA seperti gelaran kemuliaan dan jawatan. KebesaranNYA juga membawa erti DIA zat yang Maha Besar yang kebesaranNYA meliputi kebesaran alam ini. Manusia dan alam semesta sangat kerdil berbanding dengan kebesaran ALLAH.

Menghayati Al-Mutakabbir akan menjadikan manusia sedar akan kekerdilan diri, tidakmenyombong diri, sentiasa merendah diri dan menginsafi diri. Hamba Al-Mutakabbir akan bergantung penuh kepada ALLAH dalam setiap yang dilakukan dengan menyedari akan kedhaifan dan kekurangan diri. 


Hamba Al-Mutakabbir juga menggunakan kebesaran ALLAH untuk mencapai kemuliaan dan keyakinan diri dalam kehidupan dalam menjalankan tugas penghambaan dan khalifatullah di dunia ini.

Zikirlah Ya Mutakabbir 40x 

dan terus berbicara hati dengan Allah Al Mutakabbir:

" Allahumma ya Mutakabbir, ya Mutakabbir, ya Mutakabbir, sesungguhnya Dikau Maha Memiliki Kebesaran, alam ini menceritakan kebesaranMu, Dikau mencipta makhluq, manusia dan peristiwa agar manusia membesar-besarkanMu. Dikau layak dibesar-besarkan kerana Dikaulah Ya Khaliq Ya Baari' Ya Musowwir yang mencipta, mengatur dengan penuh kreatif seluruh alam dan isinya. Hatta kenderaan dan telefon yang canggih ini adalah ciptaanMu bukan ciptaan Jepun atau Korea, Dikau Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid yang memasukkan idea, ilmu dan kreativiti di dalam otak manusia, sesungguhnya otak manusia buntu tanpa ilmuMu, dengan itu Dikaulah layak dibesar-besarkan. Ya Mutakabbir, daku insaf bahawa diri sangat kerdil, untuk membuka kelopak matapun tiada daya ku apatah lagi untuk menguruskan makhluq dan kehidupanku, maka bantulah daku hambaMu yang dhaif ini dalam kehidupan ini. Walau apapun yg Dikau kurniakan bagi diriku, itu semua milikMu, harta itu milikMu Ya Ghoni Ya Mughni, jawatan serta gelaranku adalah kurniaanMu Ya Kabir, Ya Mutakabbir, Ya 'Aliy, Ya Muta'ali, Ya Adzim, suami, isteri, anak-anak adalah milikMu ya malik, kecantikan itu milikMu Ya Baadi' , seluruh anggota tubuh badanku milikMu Ya Malik, daku hanya peminjam sementara, dengan itu Dikaulah yang layak dibesar-besarkan, daku hambaMu hanya ciptaanMu yang sangat kerdil..".

Aamin.

No comments:

Post a Comment