Mengenali nama Allah Ya Khaaliq, Yang Maha Mencipta. Seluruh tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi dan seluruh isinya adalah ciptaanNya. CiptaanNya memaparkan kehebatan Ya 'Adzim yang melayakkan Dia diagung2kan. Matahari itu ciptaanNya untuk memancar cahaya Ya Nuur. Dengan cahaya itu Allah Ya Muhyi menghidupkan bumi dan seluruh isinya. Dengan cahaya Ya Nuur tadi, mata manusia dapat melihat keindahan ciptaan Ya Khaaliq
Ya Baadi'.
Ya Khaliq mencipta jutaan bintang di langit bagi membuktikan kehebatanNya yang tiada siapa dapat menandingikan. Ya Khaaliq juga mencipta setiap sesuatu di bumi, manusia, binatang, tumbuhan, bukit bukau, emas, perak, besi, bahan galian, dan lain2 untuk kegunaan kehidupan manusia. Allah Ya Khaaliq juga mencipta alam yang ghaib, syurga, neraka, timbangan amal, mahkamah Allah, titian sirat untuk memberi ganjaran setimpal kepada hamba beriman dan azab setimpal.
Allah juga mencipta pelbagai peristiwa dalam hidup manusia untuk manusia mengenal Allah agar merasa kasih kepadaNya, kagum kepadaNya dan gerun kepadaNya. Ya Khaaliq Ya Basith mencipta kelapangan agar hambaNya kasih kepadaNya, Ya Khaaliq Ya Qobidh mencipta peristiwa kesempitan agar hambaNya gerun kepadaNya. Ya Khaaliq Ya Baadi' menciptaan keindahan alam agar manusia mengkagumi dan memuji Allah. Allah Ya Khaaliq Ya Zohir mencipta teknologi agar manusia dapat menerokai alam ciptaanNya dan mengenaliNya.
Ya Khaaliq mengalirkan daya rekacipta ke dalam otak manusia agar manusia dapat melaksana tugas khalifah dalam mengurus alam ini dengan mencipta pelbagai produk dan kaedah, formula dll agar manusia dapat hidup sejahtera dan dapat memuji Allah dan beribadah kepadaNya
Penghayatan kepada sifat Al-Khaaliq akan menjadikan manusia suka mencipta perkara dan idea baru, sentiasa membuat perubahan ke arah kebaikan dan memikirkan teknik dan kaedah baru yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Mereka tidak mengenal putus asa dan kecewa kerana bergantung penuh dengan Ya Khaaliq.
Zikirkan Ya Khaaliq 40x
dan bicara hati kepada YA Khaaliq :
"“Ya ALLAH Ya Khaaliq, kurniakanku sedikit daya reka ciptaMU agar daku dapat mencipta perkara-perkara baru untuk kesejahteraan manusia”.
Aamin
— with Dr. Wan Maseri Wan Mohd.
No comments:
Post a Comment