Labels

Monday, August 8, 2016

Sifat Allah Ya Jabbar


ALLAH Ya Jabbar Yang Maha Memaksa, yang kehendakNYA tidak dapat diingkari oleh sesiapa pun. PemaksaanNYA tanda kasihsayangNYA kepada hamba-hamba pilihanNYA kerana manusia sering lupa dan lalai. Hanya dengan pemaksaan dan kehendakNYA manusia akan ingat kepada ALLAH ketika diri lalai. 

Menghayati Al-Jabbar akan menjadikan manusia syukur dan redha atas setiap kehendakNYA dan pemaksaanNYA kerana kehendak ALLAH itu tanda kasih sayangNYA dan kerana ingin menyelamatkan manusia daripada kemungkaran dan kemurkaan ALLAH. Seringkali manusia disempitkan rezekinya atau diberikan ujian kesakitan dan kehinaan kerana ingin manusia ingat dan insaf setiap kesalahannya dan kembali ke jalan yang benar.


Zikirlah Ya Jabbar 40x

Mari kita merasa gerun kepada Allah dengan NamaNya Ya Jabbar. Bicaralah kepadaNya: 

"Ya Allah Ya Jabbar, Ya Jabbar Ya Jabbar, sesungguhnya Dikau Maha Pemaksa, sekiranya daku tersasar dari jalan kebenaranMu, Dikau memaksaku kembali dengan sedikit ketegasanMu kerana kasihMu kepadaku. Ketika daku bersantai-santai di dunia ini sedangkan mahligai syurga belum terbina dan jurang neraka sudah terbuka, Engkau Ya Jabbar menarikku untuk sujud kepadaMu dengan peristiwa-peristiwa yang memaksaku terpisah dengan dunia dan manusia, peristiwa kesakitan, bangkrup, perpisahan, kemiskinan dan pelbagai peristiwa yang Engkau Ya khaliq Ya Baari' Ya Musowwir ciptakan agar daku hampir kepadaMu Ya Rahman Ya Rahim. Ketika mataku asyik menonton tv dan video yang melalaikan, Dikau Ya Jabbar mengambil penglihatanku agar ianya tidak terkena kotoran dosa. Ketika pendengaran ini sering mendengar umpat keji dan perkara dosa dan syirik, Dikau Ya Jabbar mengambil pendengaranku agar ianya tidak dikotori. Ketika kaki ini begitu malas ziarah menziarah tapi bermalasan, DIkau Ya Jabbar mengambilnya agar daku ada masa berdamping denganMu. Ketika hati ini kosong dari cintaMu Ya Wadud, DIkau Ya Jabbar memaksaku untuk mencintaiMu dengan perpisahan dan perceraian dengan makhluq. Ketikaku lupa kematianku mungkin akan datang esok hari, Dikau Ya Jabbar memaksaku untuk membuat persiapan menghadapinya dengan pelbagai peristiwa penyucian bagi hatiku yang kotor ini. Terima kasih Ya Allah Ya Jabbar kerana kasihMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud, maafiku kerana tidak mampu memaksa nafsuku untuk tunduk kepada Mu..".


No comments:

Post a Comment