ALLAH Ya Mukmin Yang Maha Memberi Keamanan, memberi keamanan jiwa, emosi dan jasmani serta dibebaskan dari rasa takut dan bimbang. ALLAH menjaga keamanan kehidupan manusia dan DIA juga mampu memberikan bahaya dan ancaman (Ya Dhorr).
Ia juga membawa maksud, untuk mendapat keamanan dari Ya Mukmin, hendaklah beriman kepada ALLAH, Malaikat, Rasul, Kitab, Akhirat, Qada’ dan Qadar.
Penghayatan kepada Al-Mukmin adalah seseorang harus ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan demi kerana ALLAH, bersemangat dan tidak putus asa, tidak takut menghadapi cabaran kehidupan kerana berdamping dengan ALLAH Ya Mukmin.
Zikirlah Ya Mukmin 40x
diikuti dengan bicara hati :
"ALLAHUMMA YA MUKMIN, YA MUKMIN, YA MUKMIN, sesungguhnya seluruh keamanan itu milikMu dan kurniaan Mu kepada hambaMu. Oleh itu Ya ALLAH Ya Mukmin, amankan lah jiwaku yg sering kali cemas dan takut ini, amankan ku dari gangguan syaitan dan makhluq samada yg nampak atau tak nampak, amanlah negara dan dunia ini, agar kami semua dpt mengabdi diri kepadaMu".
Aamiin
— with Dr. Wan Maseri Wan Mohd.
No comments:
Post a Comment