Salam, berikut adalah bicarahati ringkas setiap nama Allah selepas sebut Nama Allah:
1. Ya Rahman - Allahumma Ya Rahman, sesungguhnya Engkau maha Pemurah lg maha pengasih. Terima kasih atas segala kurniaanMu kp ku di dunia ini. Engkau mendegup jantungku setiap saat tanpa henti walau daku tidak meminta dan lupa mengucapkan terima kasih kpMu.
2. Ya Rahim -
Allahumma ya Rahim, sesungguhnya Engkaulah yg maha penyayang, Engkau sentiasa membimbing daku ke jln syurgaMu, dan ketika daku
Ketika daku tersasar dari jln syurgaMu, Engkau tarik daku kembali ke jln syurga dgn sedikit kesakitan, perpisahan dan pelbagai ujian. Daku redha atas segala ujianMu kerana ujianMu itu tanda sayangMu kpku.
3. Ya Malik- Allahumma Ya Malik, sesungguhnya Engkaulah pemilik seluruh isi langit dan bumi dan apa yg ada pd manusia. Daku ini milikMu ya Malik, Engkau pinjamkan anggota tubuh utk beribadah kpMu dan berbakti kp ummah. Terima kasih atas segala pinjamanMu ini.
4. Ya Quddus
Allahumma ya Quddus yg Maha suci, sempurna dan tidak ada cacat cela. Dakulah hamba yg hina yg byk buat salah silap, daku redha ketika Engkau ya Quddus membasuh roh daku dgn sedikit kesakitan dan kesempitan.
5. Ya Salam
Allahumma Ya Salam, Engkau maha sejahtera, kurniakanlah daku kesejahteraan jiwa, fikiran dan jasad utk daku mengabdi diri kpMu dan berbakti kp ummah
6. Ya Mukmin
Allahumma ya mukmin, Engkaulah yg memberi rasa aman dlm jiwa hambaMu, dan dgn keamanan itu, hilanglah rasa cemas dan takut, kerana pergantungan kpMu itulah pergantgn yg kukuh.
7. Ya Muhaimin
Allahumma Ya Muhaimin, Engkaulah yg maha melindungi, lindungi kami dari azab nerakaMu, dari azab kuburMu, dari segala bencana kejahatan makhluq di dunia ini.
8. Ya Aziz
Allahumma ya Aziz, yg Maha Perkasa, perkasakan jiwa ku utk terus beribadat kpMu, menjauhi laranganMu dan jiwa yg tabah mengharungi ujianMu
9. Ya Jabbar
Allahumma ya Jabbar, Engkaulah maha pemaksa, namun pemaksaanMu terhdp kami adalah tanda kasihMu ya Rahim agar kami sentiasa mendekat diri kpMu
10. Ya Mutakabbir
Allahumma Ya Mutakabbir, Engkaulah yg maha Memiliki Kebesaran, lain dariMu semuanya kerdil. Basahi lidahku ini utk membesar2Mu dan sucikan hatiku dari sifat membesar diri.
11. Ya Kholiq
Allahumma Ya Kholiq, Engkau maha Pencipta, segala sesuatu dialam buana ini adalah ciptaanMu, daku ini ciptaanMu yg Engkau cipta utk mentaatiMu.
12. Ya Baari'
Allahumma ya Baari', yg Maha Mengatur, aturlah hidupku utk sentiasa taat kp perintahMu, menjauhi segala laranganMu dan membuat kebajikan
13. Ya Musowwir
Allahumma Ya Musowwir, Engkau maha Kreatif, dgn kreativitiMu lah alam dan isinya dicipta, dgn pelbagai jenis bintang, planet, pelbgai jenis pokok, binatang, manusia. Ya Musowwir, kurniakan daku kreativiti utk mengurus hidup ini.
14. Ya Ghaffar
Allahumma Ya Ghaffar, Engkaulah yg Maha Pengampun. Walau dosaku setinggi gunung, tinggi lagi keampunanMu. Daku mohon keampunanMu ya Ghaffar bg segala dosaku yg hanya Engkau mengetahuinya
15. Ya Qohhar
Allahumma ya Qohhar, Engkau maha Menundukkan, tundukkan nafsu kami agar kami dpt sentiasa beribadah dan mendekatkan kpMu
16. Ya Wahab
Allahumma Ya Wahab, Engkaulah yg maha penolong. Tolonglah kami di akhirat utk memasuki syurgaMu, tolong kami di alam barzah, jadikan kubur kami dari taman2 syurga. Tolong kami di dunia ini utk taat kpMu, menjauhi laranganMu dan mengharungi ujian2Mu.
17. Ya Razzaq
Allahumma Ya Razzaq, Engkaulah yg maha memberi rezeki, kurniakan kami rezeki ilmu makrifahMu, syurga abadiMu dan wangringgit di dunia ini secukupnya utk kami mengabdi diri kpMu dan berbakti kp ummah.
18. Ya Fattah
Allahumma Ya Fattah, Engkau Maha Membuka, bukalah hijab hati kami dgnMu agar kami dpt merasai hadirMu dan dekatnyaMu dgn kami. Ya Fattah ya Razzaq, bukalah pintu syurga bg kami, bukalah kubur yg sempit bg kami.
19. Ya Alim
Allahumma ya Alim, Engkaulah yg Maha Berilmu, kurniakan kami ilmu makrifah agar kami dpt mengenalMu, kurniakan kami ilmu Al Quran dan Hadis NabiMu agar ia blh menjadi petunjuk bg hidupku.
20. Ya Qoobidh
Allahumma Ya Qoobidh, Engkau maha menyempitkan, Engkau menyempitkan kami agar kami ketika kami lalai kpMu dan agar kami dtg merintih merayu kpMu. Kami redha atas sedikit kesempitan di dunia ini demi kelapangan di akhirat.
21. Ya Baasith
Allahumma Ya Baasith, Engkau Maha Melapangkan, Engkau melapangkan hidup kami di dunia ini agar kami mensyukuri nikmat2Mu. Lapangkan kami di alam barzah dgn taman syurgaMu dan di akhirat dgn syurga abadiMu.
22. Ya Khoofidh
Allahumma Ya Khoofidh, Engkau Maha Menjatuhkan, Engkau menjatuhkan kami seketika dlm hidup ini agar kami datang dpt dekat kpMu kerana ketika berada diatas, seringkali kami tidak ada masa bersamaMu.
23. Ya Roofi'
Allahumma Ya Roofi', Engkaulah yg Maha Menaikkan, naikkan martabat kami disisiMu di akhirat nanti dgn hadiah syurgaMu.
24. Ya Muiz
Allahumma ya Muiz yg Maha Memuliakan, kami bersyukur kpMu atas kemuliaan yg telah Engkau kurniakan kp kami sebg khalifahMu di dunia ini. Peliharalah kemuliaan ini ya Muiz dgn kurniaan ibadat2 yg mulia disisiMu.
25. Ya Muzill
Allahumma ya Muzill, Engkaulah yg Maha menghinakan, jgn lah Engkau hina kami di akhirat nanti dgn nerakaMu ya Muntaqim. Sedikit cemuhan manusia yg dtg kp kami kerana kami menegakkan kebenaran adalah merupakan kemuliaanMu ya Karim, kami redha dgn penghinaan makhluq, asalkan jgn Engkau hina kami.
26. Ya Sami'
Allahumma Ya Sami' yg maha mendengar, dengarlah rintihan kami, kami ingin menjadi hambaMu sebenar2 hamba, pimpinlah kami ya Haadi dunia akhirat.
27. Ya Bashir
Allahumma ya Bashir, Engkau Maha Melihat, pandanglah kami hambaMu yg hina ini, belailah kami dgn kasih sayangMu ya Rahman ya Rahim ya Rauf Ya Karim.
28. Ya Hakam
Allahumma Ya Hakam yg maha menetapkan hukum hakam dan peraturan hambaMu di dunia ini, jadikan kami hamba yg taat kp peraturanMu, dan masukkan rasa takut kp hukuman nerakaMu ke dlm jiwa kami.
29. Ya Adl
Allahumma Ya Adl, Engkau maha Adil, selamatkan dan kasihan belaskan kami di hari keadilanMu nanti dimana buku amalan akan diserahkan.
30. Ya Latif
Allahumma Ya Latif, Engkaulah yg Maha Lembut, lembutkan hati kami agar sentiasa mentaatiMu.
31. Ya Khoobir
Allahumma Ya Khoobir, Engkau maha Waspada, waspadakan kami dari nafsu kami dan tipudaya syaitan dan dunia.
32. Ya Halim
Allahumma Ya Halim, Engkaula★h yg Maha Santun, kurniakan kami sifat santun terhdpMu agar kami sentiasa menjauhi laranganMu
33. Ya Adzim
Allahumma ya Adzim, Engkaulah maha Agong, hanya Engkau yg layak diagong2kan kerana seluruh 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi adalah milikMu ya Malik ya Malikulmulk
34. Ya Ghaffur
Allahumma ya Ghaffur, Engkaulah maha pengampun, walau berulang2 kali kami berbuat dosa dan memohon keampunanMu, dgn sifat keluasan dan kemurahan keampunanMu, Engkau tetap ampunkan dosa2 kami.
35. Ya Syakur
Allahumma Ya Syakur, Engkaulah yg Maha menghargai, Engkau hargai kebaikan hamba2Mu walau sebesar zarah sekalipun
36. Ya Aliy
Allahumma Ya Aliy, Engkaulah maha tinggi, kami hambaMu rendah dan hina.
37. Ya Kabir
Allahumma Ya Kabir, Engkau maha Besar, kami hambaMu yg kerdil lg hina.
38. Ya Hafiz
Allahumma Ya Hafiz, Engkau maha memelihara, pelihara kami dari dicampak ke dlm nerakaMu yg menyala2 itu.
39. Ya Muqit
Allahumma Ya Muqit, Engkau Maha mencukupkan, masukkan dlm jiwa kami rasa cukup dgn kurniaan dunia yg Engkau ya Razzaq kurniakan. Cukupkan keperluan kami dlm kubur dan alam akhirat
40. Ya Hasib
Allahumma ya Hasib, Engkaulah yg Maha Menghisab, kami mohon kpMu, kurniakan kami syurga tanpa hisab.
41. Ya Jalil
Allahumma Ya Jalil, Engkau maha Sempurna kebesaran, keagongan dan ketinggian, sucikan dan jernihkan hati kami dari mengeluhkesah terhadap takdirMu kerana semua takdirMu baik bg kami di dunia dan akhirat.
42. Ya Karim
Allahumma Ya Karim, Engkau maha Mulia, muliakan kami di dunia ini dgn kurniaan daya utk kami beramal ibadah dan amal soleh, muliakan kami ketika mati, mati dgn ungkapan LAAILAHAILLALLAH, muliakan kami di alam barzah dlm taman syurgaMu dan muliakan kami di akhirat dgn kurniaan syurga abadiMu.
43. Ya Roqib
Allahumma Ya Roqib, Engkaulah yg maha Mengawasi, awasi hati kami dari lalai mengingatMu.
44. Ya Mujib
Allahumma ya Mujib, Engkau yg Maha Mengabulkan, kabulkan segala permintaan kami sekiranya ia baik bg kamu, sesungguhnya Engkau maha Baik. Masukkan rasa haqqul yaqin dlm jiwaku kp kekuasaanMu, kasihsygMu dan kebaikanMu.
45. Ya Wasi'
Allahumma ya Wasi', Engkau Maha Meluaskan, luaskanlah kubur kami yg sempit lg menghimpit itu, luaskanlah titian sirat bg kami nanti, luaskan pintu syurga bg kami, ya Wasi', ya Fattah ya Razzaq ya Karim
46. Ya Hakim
Allahumma ya Hakim, Engkau maha Bijaksana, kurniakan kami kebijaksanaan memahami ilmu makrifah agar kami dpt mengenalMu, ilmu Al Quran dan Hadis utk kami jadikan panduan hidup ini
47. Ya Waduud
Allahumma Ya Waduud, Engkau maha pencinta, hanya cintaMu suci, kekal abadi, masukkan secebis rasa cinta kpMu dlm jiwa kami agar kami dpt merasa rindu dan lazat ketika mendekatkan diri kpMu dlm ibadah kami dan memberi semangat kp jiwa kami utk berbakti kp ummah.
48. Ya Majid
Allahumma Ya Majid, Engkaulah yg Maha Mulia, kurniakan kami budipekerti yg mulia sepertimana budi pekerti Rasulullah saw agar kami dpt membuat ketaatan dan kebaktian.
49. Ya Baa'its
Allahumma Ya Baa'its, Engkaulah yg Maha membangkitkan, bangkitkan dan bakar semangat kami utk beribadah kpMu, untuk berbakti dan memperjuangkan agamaMu agar kami mendpt redhaMu dan mendpt perlindunganMu di hari kebangkitan nanti.
50. Ya Syahid
Allahumma ya Syahid, Engkaulah yg maha menyaksikan, saksikanlah pengorbanan kami dan perjuangan kami dan kurniakan kami syahid ketika mati nanti.
51. Ya Haq
Allahumma ya Haq, Engkaulah yg maha Benar, bukalah kp kami jln hidup yg benar disisiMu, kekalkan kami dlm kebenaran dan masukkan kami dlm perjuangan menegakkan kebenaranMu
52. Ya Wakil
Allahumma ya Wakil, Engkau Maha Mentadbir, kami hambaMu tak p? unya daya utk mentadbir tubuh kami, hidup kami, kerja kami, suami dan anak2 kami, kami serah kpMu ya Wakil utk Engkau membantu kemi mentadbir segalanya, sesungguhnya Engkau sgt hebat dlm mentadbir setiap sesuatu
53. Ya Qowiy
Allahumma Ya Qowiy, Engkaulah yg Maha Kuat, kurniakan kami kekuatan utk taat kpMu, menjauhi laranganMu dan mengharungi ujanMu.
54. Ya Matin
Allahumma ya Matin, Engkaulah yg maha teguh, teguhkan iman kami, jgn biar kami ragu kp kekuasaanMu Ya Aziz ya Jabbar ya Qohhar ya mutakabbir. teguhkan keyakinan kami kp kemurahanMu ya Rahman ya Rahim ya Rauf ya Karim bg hamba beriman. teguhkan keyakinan kami kp azabMu ya Dharru, ya Hakam, ya Muntaqim bg yg engkar kpMu.
55. Ya Waliy
Allahumma ya Waliy, Engkaulah yg Maha Melindungi, lindungi kami dari akhlaq buruk, dosa dan maksiat.
56. Ya Hamid
Allahumma Ya Hamid, Engkaulah yg maha Terpuji, basahilah lidah kami utk sentiasa memujiMu. ya Fattah ya Hamid, bukalah hijab kami dgnMu agar nampak Nama dan Sifat2Mu dgn itu dpt memujiMu. Ya Hamid, kurniakan kami sifat2 terpuji spt Rasululullah saw.
57. Ya Muhshi
Allahumma Ya Muhshi yg Maha Menghitung, bantulah kami di hari perhitungan amal nanti, kurniakan buku hitungan amal dgn tangan kanan.
58. Ya Mubdi'
Allahumma Ya Mubdi', Engkau yg maha Memulakan, kami ini dimulakan penciptaan olehMu ya Mubdi' ya Khooliq dari tanah yg hina. Dari tanah jasad ni datang, kepada tanah kami akan dikembalikan. Insafkan kami sentiasa ya Allah agar hilang riak dan ujub dlm hati kami.
59. Ya Mu'id
Allahumma ya Mu'id yg Maha Mengembalikan, ingatkan kami sentiasa hari kami kembali kpMu utk dihitung dan dihisab agar kami membuat persiapan utk mengadapMu.
60. Ya Muhyi
Allahumma Ya Muhyi, yg maha menghidupkan, setiap saat kami dihidupkan olehMu utk melaksanakan agendaMu ya Baari'. Hidupkan roh kami agar sentiasa ingat kpMu.
61. Ya Mumit
Allahumma Ya Mumit, Engkaulah yg Maha Mematikan, ingatkan kami akan kematian kami sentiasa dan bantulah kami ya Rahman ya Rahim ya Wahab Ya Karim utk mempersiapkan bekalan amal.
62. Ya Hayyu
Allahumma Ya Hayyu, Engkau Maha Hidup, hidupkan sentiasa jiwa kami agar mengingatiMu setiap saat.
63. Ya Qoyyum
Allahumma ya Qoyyum, Engkau maha Mengurus dgn sendiri tanpa bantuan sesiapa. Ya Qoyyum, kurniakan kami sifat berdikari dlm hidup ini, hanya bergantung kpMu dan tidak bergantung kp manusia lain.
64. Ya Wajid
Allahumma Ya Wajid yg Maha Menemukan, pertemukan kami dgn insan2 mulia yg sentiasa mengingatkan kami kpMu.
65. Ya Maajid
Allahumma Ya Maajid yg maha Mulia, muliakan kami disisiMu dengan daya upaya utk melaksanakan ibadah2 yg mulia yg dilakukan olh insan2 yg mulia, para Rasul, Nabi dan Aulia'Mu.
66. Ya Ahad
Allahumma Ya Ahad, Engkau Maha Esa, tiada kekuasaan di alam buana ini melainkan kekuasaanMu ya Ahad ya Aziz ya Jabbar ya Qohhar ya Mutakabbir, tiada anugerah melainkan anugerah Mu ya Ahad ya Rahman ya Rahim, tiada mudarat melainkan mudarat dariMu ya Ahad Ya Dharru Ya Hakam ya Muntaqim. Pasakkan pasak tauhid yg kukuh dlm jiwa ini agar jiwa ini sentiasa mengesakanMu ya Ahad.
67. Ya Wahid
Allahumma ya Wahid, Engkau Maha Tunggal, tidak berbilang2, semua kekuasaan, anugerah dan kurniaan hanya milikMu secara mutlak, tidak berkongsi dgn sesiapa pun, pasakkan pasak tauhid yg kukuh dlm jiwaku agar imanku mantap.
68. Ya Somad)
Allahumma Ya Somad, Engkau maha diharapkan, seluruh makhluqMu mengharapkanMu setiap saat. Kami sgt2 mengharapkanMu utk mengingatkan hati ini kepadaMu setiap saat, utk memberi kami daya berzikir, daya utk sujud, daya utk berinfaq dan daya utk berdakwah di jalanMu.
69. Ya Qodir
Allahumma ya Qodir, Engkau maha Berkehendak, kehendakMu terhadap kami semuanya menuju syurgaMu, Engkau berkehendak kami agar mengikut perintahMu dlm Al Quran dan menjauhi laranganMu, mengikut akhlaq RasulMu, dan membuat persiapan amal utk bertemu dgnMu.
70. Ya Muqtadir
Allahumma ya Muktadir, Engkau maha menentukan takdir. TakdirMu buat kami yg beriman tanda kasihsygMu ya Rahman ya Rahim dan berakhir dgn syurgaMu ya Razzaq ya Karim. Kami redha atas setiap takdirMu yg Engkau tentukan buat kami asal kami sentiasa dlm redhaMu.
71. Ya Muqaddim
Allahumma Ya Muqaddim yg Maha Memulakan, Engkau memulakan sesuatu ujian dan hanya Engkau yg dpt mengakhirinya. Engkau yg memulakan satu pertemuan dan Engkau yg mengakhiri pertemuan itu. Engkau ya Muqaddim yg memulakan satu pencarian mencariMu dan hanya Engkau yg mengakhiri pencarian itu dgn pertemuan dgnMu.
72. Ya Muakkhir
Allahumma Ya Muakkhir, Engkau maha mengakhiri. Akhirilah pencarian cintaMu ya Waduud dgn kurniaan cintaMu dlm jiwa kami, ya fattah, bukalah hijab antara kami dgnMu agar kami dpt dtg dekat dgn Mu dan mengakhiri kerinduan ini.
73. Ya Awwal
Allahumma Ya Awwal, Engkaulah yg maha mempercepatkan, percepatkanlah langkah2 kami utk sampai ke hadratMu agar kami merasa bahagia.
74. Ya Akhir
Allahumma ya Akhir, Engkaulah yg maha melambatkan, percepatkanlah hamba2Mu yg sgt lambat ini agar kami bersegera mengadapMu
75. Ya Zohir
Allahumma Ya Zohir, Engkau maha menampakkan, nampakkan Nama dan Sifaf2Mu disebalik makhluqMu. Ketika mata zahir kami melihat matahari, nampakkan pd matahati kami Engkau ya Nuur sedg memancar cahayaMu, pancarkan juga cahaya makrifah dlm jiwa kami agar kami dpt mengenalMu.
76. Ya Baathin
Allahumma ya Baathin, yg maha menghilangkan, hilangkanlah wajah2 makhluq pd cermin hati kami yg mengganggu kami dari kusyuk kpMu sepanjg solat kami.
77. Ya Waaliy
Allahumma Ya Waaliy, Engkau yg maha mengurus, Engkau lah ya Waaliy ya Wakil ya Hayyu ya Qoyyum yg mengurus dan mentadbir sendiri 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi dgn sempurna. Ya Allah ya Waaliy, bantulah kami mengurus anggota tubuh kami utk taat kpMu dan menjauhi laranganMu
78. Ya Muta'ali
Allahumma Ya Muta'ali yg maha tinggi lg maha meninggikan, tinggikan martabat kami di akhirat nanti dgn saat pertemuan dgnMu kekasih hakiki dan sejati di syurga abadiMu
79. Ya Barr
Allahumma ya Barr, Engkaulah yg maha Baik dan dermawan, terima kasih atas segala kebaikanMu kp kami sejak Engkau mencipta kami hingga saat ini. Ya Barr, kurniakan kami sifat kebaikan agar kami dpt berbuat baik sesama kami
80. Ya Tawwab
Allahumma Ya Tawwab, Engkau Maha menerima Taubat, terimalah taubat kami. Kami bertaubat dari melakukan perkara dosa dan maksiat. Kami bertaubat dari mengikut nafsu dan syaitan, kami bertaubat kpMu dari kelalaian mengejar dunia. Kami berjanji utk menjadi abdiMu, khadamMu dan khalifahMu mengikut apa yg diajar olh RasulMu.
81. Ya Muntaqim
Allahumma Ya Muntaqim, Engkau maha Keras siksaan. Ya Hafiz ya Muhaimin, jauhi kami dan lindungi kami dari azab nerakaMu. Allahumma Ya Muntaqim, masukkan rasa gerun dan takut dlm jiwa kami kp azabMu agar kami berhati2 dlm hidup ini dari dosa dan maksiat. Ingatkan kami seringan2 azab neraka adalah dipakai seliper neraka, menggelegak otak manusia.
82. Ya Affuw
Allahumma Ya Affuw, Engkaulah yg maha pemaaf, maafkan kami atas segala kesalahan, kesilapan, kelalaian, ketelanjuran kami.
83. Ya Rauf
Allahumma ya Rauf, Engkau maha pengasih, kasihMu kp kami membuat kami rindu kpMu. Ya Fattah ya Rauf, bukalah hijab matahati kami agar kami nampak kasihsygMu kp kami, dgn itu dptlah kami memujiMu.
84. Ya Malikulmulk
Allahumma Ya Malikulmulk, Engkaulah pemilik seluruh kerajaan langit dan bumi, kerajaan alam dunia, alam barzah dan alam akhirat. kerajaan setiap negara itu adalah dlm genggamanMu. Engkau mewariskan kerajaan di dunia ini kp hamba2 yg beriman. Ketika hamba2Mu hidup lalai dgn keduniaan, Engkau Ya Malikulmulk ya Hakam menghukum dgn mengizin pemimpin yg zalim menindas manusia. Ya Malikulmulk, jadikan kami rakyat dan pemimpin yg beriman agar kami sejahtera di bawah lembayung redha dan kasihMu
85. Ya Dzaljalaaliwalikram
Allahumma Ya Dzaljalaaliwalikram, sesungguhnya Engkau maha sempurna kebesaran, keagongan, ketinggian, kemuliaan, kasihsyg dan kekuasaan. Kami semua hamba yg dhaif yg tak sempurna, hidup kami bersandar kp kurniaan2Mu. Basahilah hati dan lidah kami utk sentiasa memuji akan kesempurnaanMu.
86. Ya Muqsith
Allahumma ya Muqsith, Engkau maha menyeimbangkan, seimbangkanlah hidup kami utk akhirat dan dunia. Jgn biarkan kami asyik menumpukan kp kesibukan dunia semata2 sehingga lalai dgn bekalan akhirat
87. Ya Jami'
Allahumma ya Jami', Engkau maha menyatukan. Satu2kan hati2 semua ummat islam di dunia ini agar kami semua dpt tolong menolong, bimbing membimbing, pesan memesan antara kami.
88. Ya Ghoniy
Allahumma Ya Ghoniy, Engkaulah yg Maha Kaya, seluruh kekayaan yg ada di alam buana ini dan harta yg ada pd hamba yg Engkau pinjamkan kekayaanMu adalah milikMu semuanya. Engkau memberi pinjam kp hambaMu utk mengabdi diri kpMu dan melakukan kebaikan dan kebajikan kp org keliling kami. Ya Ghoniy, kurniakan kami kekayaan syurgaMu di akhirat, kecukupan di dunia dan jauhkan kami dari dunia yg melalaikan kami dp mendekatkan diri kpMu.
89. Ya Mughniy
Allahumma Ya Mughniy, Engkaulah yg Maha Memberi kekayaan, Engkau ya Mughniy mengurniakan kekayaan syurga yg suci, tulus dan abadi kp hambaMu yg beriman dan Engkau mengurniakan kekayaan
dunia yg hina kp org2 kafir yg hina.
90. Ya Mani'
Allahumma ya Mani', Engkaulah yg Maha Mencegah, cegahlah kami dari dosa dan maksiat. Ya Mani', cegahlah remaja2 kami dari menagih dadah, berzina, mencuri, bermain games komputer, menonton video sehingga lalai kp Allah. Ya Mani', cegahlah rakyat kami dari riba' dan rasuah. Cegahlah pemimpin kami dari penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Ya Mani', cegahlah nafsu kami dari sebrg dosa dan maksiat agar kami terpelihara dari azab nerakaMu yg sgt pedih itu ya Muntaqim.
91. Ya Dharru
Allahumma Ya Dharru, Engkalah yg Maha Memberi mudarat, tiada siapa yg blh memberi mudarat melainkanMu. Sedikit mudarat di dunia ini adalah perlindunganMu ya Hafiz ya Muhaimin kp mudarat nerakaMu yg lbh dahsyat. Ya Aziz ya Qowiy ya Matin, perkasakan, kuatkan dan teguhkan jiwaku ketika menghadapi ujian mudaratMu, sesungguhnya Engkau ya Quddus ya Jalil menyuci kotoran rohku ketika melalui sedikit mudarat dariMu.
92. Ya Naafi'
Allahumma Ya Naafi', Engkaulah yg Maha memberi manafaat, tiada makhluq dapat memberi sebarang manafaat melainkanMu. Ya Naafi', jadikan setiap saat hidupku memberi manafaat kp org sekelilingku.
93. Ya Nuur
Allahumma Ya Nuur, Engkau yg Maha Memancar Cahaya, pancaran cahaya petunjukMu, ketika cahayaMu menerangi hatiku, jelas dan teranglah kebenaran dan kebatilan, jelaslah jln ke syurga dan neraka. Bimbinglah kami ya Haadi di atas jln kebenaranMu ya Haq. Setelah Engkau memancar cahaya dlm jiwaku, jgnlah Engkau padam ia, kekalkan cahaya dlm jiwaku ya Baaqi ya Nuur.
94. Ya Haadi
Allahumma Ya Haadi, Engkaulah yg Maha memberi petunjuk dan maha membimbing. Bimbinglah kami diatas jln makrifah ini. Ya Bashir ya Haadi, pandanglah kami dan bimbinglah kami, sekiranya Engkau tidak membimbing kami, tiada siapa yg dpt membimbing kami.
95. Ya Badi'
Allahumma Ya Badi', Engkaulah yg maha cantik. Seluruh kecantikan di alam ini adalah milikMu. Engkau memberi kecantikan kp kami utk kami memujiMu dan Engkau akan menarik balik kecantikan milikMu. Ya Badi', cantikkan budipekerti kami terhadapMu agar kami sentiasa mengabdi diri kpMu, cantikkan budipekerti kami sebgmana cantiknya budipekerti Rasulullah saw yg sentiasa dipenuhi dgn kasihsayangMu ya Rahman ya Rahim.
96. Ya Baaqi
Allahumma Ya Baaqi, Engkaulah yg Maha Kekal, kami semua ni fana', jasad akan akan hancur menjd makanan cacing dan ulat. Roh kami akan mengadapMu dlm keadaan lemah, dhaif, fakir, jahil dan hina. Ya Baaqi' Ya Mukmin, kekalkan kami dlm iman. ya Baaqi ya Nuur, kekalkan kami dlm cahayaMu. Ya Baaqi ya Haq, kekalkan kami dlm kebenaran hingga akhir hayat kami.
97. Ya Waris
Allahumma ya Waris, Engkau maha mewarisi. Engkau mewarisi syurgaMu kp hamba2 yg beriman, Engkau mewarisi nerakaMu kp hamba2Mu yg kufur. Engkau mewarisi kerajaanMu dan kekuasaan di dunia ini kp hamba2Mu yg beriman dan bertakwa utk diuruskan mengikut hukum hakamMu. Namun ketika Hamba2Mu mencintai dunia dan tidak mencintaiMu, Engkau mewarisi kerajaanMu kp hamba2Mu yg kufur dan zalim sebg hukuman kp manusia yg tidak beriman kpMu. Ya Waris Ya Mukmin, masukkan iman dlm jiwa kami agar kami dpt mengabdi diri kpMu utk menerima warisanMu dlm mengurus alam ini.
98. Ya Rashid
Allahumma Ya Rashid, Engkaulah yg Maha Pintar, kurniakan kami kepintaran utk kami mengenalMu, utk kami memahami ayat2 QuranMu dan hadis2 NabiMu.
99. Ya Sobur
Allahumma Ya Sobur, Engkau Maha Sabar, kurniakan kami kesabaran utk taat kpMu, kesabaran utk menjauhi laranganMu dan kesabaran utk mengharungi ujian2Mu.
Assalaamua'laikum... saya mihon share k... bicarahati Asmaul Husna di atas dgn family dan teman2 saya.
ReplyDeleteWsalam wrt. Silakan. Ya Fattah Ya Waasi' Ya Baasith.
Delete