Labels

Wednesday, May 18, 2016

Sifat Allah Ya Rahman


Mari kita mengenali Allah melalui Nama2Nya yang indah lagi mulia. ALLAH Ya Rahman Yang Maha Pengasih, Pemurah atau Yang Maha Belas Kasihan (rahmat). DIA menaburkan kasih kepada semua makhluq di dunia ini walaupun manusia tidak menyembahNYA dan tidak mengucapkan terima kasih kepadaNYA atau tidak meminta kepadaNYA. Rahmat ALLAH meliputi segala-galanya.

Ar-Rahman adalah vitamin jiwa. Setiap manusiamemerlukan kasih sayang. Kasih sayang mampu melahirkan kekuatan luar biasa. Alirkan kasih sayang Ar-Rahman kepada manusia sekeliling kita, pasti kebahagiaan menunggu kita.


Sedetik pun tidak pernah memperlihatkan perasaan benci. Setiap kata2nya mengeluarkan mutiara2 kasih. Setiap tatapan matanya memancarkan kasih. Gerakan kaki dan tangannya bertujuan menolong atas dasar kasih dan bukan kepentingan diri.

Zikirlah Ya Rahman 40x 

diikuti dengan bicara hati : 

“ALLAHUMMA YA RAHMAN, YA RAHMAN, YA RAHMAN, sesungguhnya Dikau Maha Pemurah, memberiku kurniaanMu tanpa pernah berkira, tidak berhenti2. jantungku terus Dikau degupkan walau ku balasMU dgn dosa, udara terus Dikau masukkan dlm tubuhku walau anggota tubuh ini terus-terusan melakukan perkara yg sia2, penglihatanku masih Dikau kurniakan walau daku terus-terusan melihat perkara yg Dikau murkai, Dikau terus menerus memberiku pendengaran walau sentiasa daku berpaling dan tidak menyahut panggilanMu. Sesungguhnya tiada lafaz syukur yg sepadan dgn sifat maha pemurahMU, dan jadikanku hamba yg bersyukur yg sentiasa menggunakan anggota tubuh, wang ringgit, hartabenda, jawatan dan segala kurniaanMu di atas jln keredhaanMu. Jadikanku juga hamba yg pemurah dgn org2 sekelilingku dgn sedikit sifat ar Rahman yg Engkau alirkan dlm jiwaku. Ya ALLAH Ya Rahman, kurniakanlah kepadaku pelbagai anugerahMU untuk daku hidup sebagai hambaMU dan khalifahMU di dunia ini”. 

No comments:

Post a Comment