Mari kita terus mengenali Allah melalui Nama2Nya yang indah . ALLAH Ya Rahim Yang Maha Penyayang. ALLAH penyayang kepada hambaNYA yang beriman. Dengan sayangNYA, DIA memelihara hamba pilihanNYA untuk tetap berada di dalam redhaNYA. Sayang ALLAH akan berakhir dengan balasan syurga di akhirat.
Sifat Ar-Rahim yang ada pada manusia membolehkan manusia mendidik, membimbing untuk membawa manusia lain kepada ALLAH Ya Rahim, menegur sekiranya tersilap, memberikan perhatian dan sokongan di dalam apa yang diperjuangkan.
Menunjukkan sifat Ar-Rahim pada orang yang lalai melalui teguran dan nasihat secara lembut dan bukannya kasar. Orang derhaka dipandang dengan penuh kasih dan bukan pandangan hina.
Mari zikir Ya Rahim 40x
diikuti dengan bicara hati kepada Ya Rahim
“Allahumma Ya Rahim, ya Rahim, ya Rahim, Sesungguhnya Dikau Maha Penyayang, Dikau sentiasa memimpinku di atas jalan kebenaran dan keredhaanMu, walau daku terus terusan tersasar, malas, bertangguh dalam ibadahku kepadaMu, tetapi Dikau terus terus membimbingku kembali ke jalan yang benar agar daku dapat menjejak kaki ke syurgaMu nanti. SayangMu kepadaku tiada lafaz yang sepadan nak ku lafazkan. Walau bagaimanapun diriku ini, Dikau tetap memberi daya kepadaku untuk sujud dan rukuk kepadaMu, lidah ini masih lagi Dikau aturkan menyebut-nyebut namaMu dan membaca kalamMu, kaki ini masih lagi Dikau kurniakan daya untuk melangkah berbakti kepada ummah dan jalan kebaikan dan kebaktian masih terus Dikau buka kepadaku walau seringkali daku mengelengkan kepala tidak mahu melakukan. Seringkali ketika lalai, Dikau mengejutku dgn peristiwa-peristiwa ujian dan musibah agar daku sedar dari kelalaian dan kembali mengingatMu dan mendampingiMu. Terima kasih Ya Rahim kerana masih sayang kepada ku, dan masukkan rasa kasih dan sayang kepadaMu dalam jiwa yang kering ini agar daku sentiasa ingin memujiMu dan mentaatiMu. Jadikan daku ini juga hamba yang suka membimbing orang-orang keliling kami di atas jalan kebaikan dan kebenaran dengan sedikit sifat Ar RahmanMu yang Dikau alirkan dalam jiwaku..Ya Allah Ya Rahim, perjalankan hidupku di atas jalan syurga, iaitu jalan orang-orang yang Dikau kurniakan nikmat ke atas mereka, para Nabi, Rasul, shuhada’, solihin dan siddiqin”.
— with Dr. Wan Maseri Wan Mohd.
No comments:
Post a Comment