Labels

Friday, May 4, 2018

Syukur kepadaMu Ya Syakur



Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya Allah Ya Bathin Ya Syakur menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tiada duka dan kepedihan,
Rupanya Allah menutup dukanya dengan perasaan bersyukur kepada Ya Syakur dan Allah Ya Qodir Ya Muqtadir memasukkannya rasa redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya Allah Ya Salam memberikan ketenangan baginya untuk menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna, hakikatnya hanya Allah Ya Quddus Yang Maha Sempurna. 
Rupanya Allah Ya Mukmin memberikan dia keamanan dan kebahagiaan dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah Ya Qahhar dan hatinya bergantung kepada Allah Ya Somad.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim.
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini namun mereka dicukupkan oleh Ya Muqit Yang Maha Mencukupkan.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah Ya Barr Ya Karim Yang Maha Baik tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi, ampunkan aku Ya ‘Affuw Ya Ghaffar Ya Ghafur kerana hanya Engkau Maha Memaafkan dan Maha Mengampuni hambaMu.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain kerana aku yakin dengan rezeki Allah Ya Razzaq Ya Karim. Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku. Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja. Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan Allah Ya Razzaq Ya Ghoni Ya Mughni Yang Maha Memberi Rezeki lagi Maha Kaya dan Maha Memberi Kekayaan.
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda, maka Ya Allah Ya Nur Ya Haadi Ya Haq kuniakanlah bagiku cahaya petunjuk, hidayah dan kebenaranMu.
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati. Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya. Rezeki bukan pada pekerjaan kita, tetapi Allah Ya Razzaq yang menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan kerana setiap pergerakan kita adalah anugerah daripada Allah Ya Baarik, rezeki itu pula adalah hadiah Ya Wahhab Ya Karim.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa", pastilah ianya akan dihitung pada hari akhirat nanti oleh Ya Muhsi Ya Hasib Yang Maha Menghitung lagi Maha Menghisab.

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik" kerana ianya milik Ya Malik Ya Malikul Mulk pemilik 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi. Kita hanya meminjam setiap apa yang dikurniakan kepada kita.
Halalnya dihisab oleh Ya Hasib dan haramnya diazab oleh Ya Dharru Ya Hakam Ya Muntaqim yang Maha Keras azab siksaanya.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain kerana Allah itu Maha Memberi dengan penuh Kasih Sayang, Ya Rauf Ya Karim.
Jujur bila berkata, hayati bila membaca, ikhlas bila menerima, maka Ya Fattah bukalah hijab matahati kami agar kami dapat melihat nama-namaMu, sifat-sifatMu dan daya-dayaMu serta perbuatanMu di sebalik setiap makhluk, alam dan peristiwa hidup kami.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Friday, April 27, 2018

Sabar dan Solat


Allah SWT berfirman:
وَاسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ ۗ وَاِنَّهَا لَكَبِيْرَةٌ اِلَّا عَلَى الْخٰشِعِيْنَ 
wasta'iinuu bish-shobri wash-sholaah, wa innahaa lakabiirotun illaa 'alal-khoosyi'iin

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 45)

Friday, April 20, 2018

KITA TAK NAMPAK الله??


KITA TAK NAMPAK الله??
Bila الله sembuhkan kita drp kesakitan melalui ikhtiar ubat yg kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak الله Ya Salam Yang Maha Menyembuhkan dan Ya Fattah Yang Maha Membuka Pintu-pintu Penyembuhan.
Bila الله berjayakan kita dlm akademik, kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله Ya’Alim Ya Hakim Ya Rashid Yang Maha Berilmu, Maha Bijaksana lagi Maha Pintar.

Bila الله bagi kita pekerjaan yg selesa melalui cemerlangnya kita dlm bidang yg di ceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله Allah Ya Razzaq Ya Karim Yang Maha Memberi Rezeki.
Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله Ya Ghoni Ya Mughni Yang Maha Kaya lagi Maha Memberi Kekayaan.
Bila الله kurniakan kita pasangan yg soleh/solehah serta keluarga yg bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله Allah Ya Barr Yang Maha Baik mengalirkan kebaikan melalui keluarga.
Bila الله keluarkan kita drp masalah melalui bantuan manusia di sekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tsbt.. Kita tak nampak الله Ya Fattah Yang Maha Membuka Jalan Penyelesaian kepada masalah kita dan Ya Wahhab yang Maha Membantu melalui manusia di sekeliling kita.
Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله Ya Mu’iz Yang Maha Memuliakan dan Ya Rafi’ Yang Maha Menaikkan martabat kita di dunia dan akhirat.
Bila الله Ya Razzaq bagi segala jenis nikmat yg tak pernah mintak di bayar & tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله Ya Rahman Ya Rahim Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan penyayang.
Sungguh, mata hati kita masih buta & samar.. Dek keangkuhan seorg hamba @ kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Allah Ya Kholiq Maha Mencipta di sebalik kejadian.
Bukan senang utk didik diri & hati melihat الله Ya Baarik dlm setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dr الله Ya Mubdi’ hidup utk الله Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad & balik kpd الله Ya Mu’id.
Pesan Pada Hati

Friday, April 6, 2018

Jaminan Rezeki



اِنَّ اللّٰهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِيْنُ
innalloha huwar-rozzaaqu zul-quwwatil-matiin

"Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya."
(QS. Az-Zariyat 51: Ayat 58)

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Razzaq Ya Karim, sesungguhnya Engkaulah Pemberi Rezeki kepada setiap makhlukMu. Maka Ya Allah, rezekikanlah buat kami ilmu mengenalMu dan syurga firdausMu tanpa hisab buat kami. Rezekikanlah kasih sayang dan cintaMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Rauf Ya Wadud Ya Karim.

Friday, March 30, 2018

Bersihkan Hati


Allahumma Ya 'Affuw Ya Ghaffar Ya Ghafur ampunkan dan maafkanlah dosa kami umat Muhammad s.a.w. Bersihkan dan jernihkanlah hati kami drp karat dosa, berhala dunia, penyakit hati, dosa syirik dan syaitan yg mengalir dalam darah, Ya Quddus Ya Jalil. Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungilah dan pagarilah hati kami drp godaan serta tipu daya syaitan dan nafsu.

Friday, March 23, 2018

Bunga


وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ

"Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;“ (QS. Ar-Rahman 55: Ayat 12)

Allahumma Ya Kholiq, sepertimana Engkau menciptakan bunga-bungaan yang cantik lagi harum, maka cantikkanlah akhlak kami Ya Badisepertimana bunga. Masukkanlah sifat lemah-lembut dan sopan-santun kami terhadapMu seperti lembutnya bunga Ya Latif Ya Halim.