Labels

Habbatus Sauda


Produk pertama seumpamanya di Malaysia, Za'fa Kordial Habbatus-Sauda ialah produk yang bermutu tinggi dan telah dihasilkan dengan jintan hitam atau habbatus-sauda yang mempunyai pelbagai khasiat. Rasanya yang sedap dan menyegarkan amat sesuai untuk diminum pada bila-bila masa oleh semua lapisan umur. Kordial ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai kordial za'fa yang sedap lagi baik untuk kesihatan seisi keluarga.



Sumber daripada Majalah Dara.com
 
Habbatus-Sauda juga dikenali sebagai Jintan Hitam atau Black Seed atau Nigella Sativa. Habbatus-sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. 
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Habbatus-sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya. Selain itu pelbagai penyakit lain juga dapat diatasi dengan penggunaannya seperti:
  1. Anti inflamasi, mengubati perih dan radang tenggorokan.
  2. Anti Artritic, mengubati reumatik.
  3. Anti Analgesic, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  4. Aktiviti hormon mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  5. Antiseptic, mengubati bau mulut.
  6. Antiphyretic, menurunkan demam
  7. Antivirus, mengubati flu dan penyakit lain yang disebabkan oleh virus
  8. Dematology, mengubati jerawat dan eksim.
  9. Urinary tract, mengubati saluran kencing dan batu karang.
  10. Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh (antibody)
  11. Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadisnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim) 

(Sumber rujukan: Sila klik di sini)

1 comment: