Labels

Friday, March 30, 2018

Bersihkan Hati


Allahumma Ya 'Affuw Ya Ghaffar Ya Ghafur ampunkan dan maafkanlah dosa kami umat Muhammad s.a.w. Bersihkan dan jernihkanlah hati kami drp karat dosa, berhala dunia, penyakit hati, dosa syirik dan syaitan yg mengalir dalam darah, Ya Quddus Ya Jalil. Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungilah dan pagarilah hati kami drp godaan serta tipu daya syaitan dan nafsu.

Friday, March 23, 2018

Bunga


وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ

"Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;“ (QS. Ar-Rahman 55: Ayat 12)

Allahumma Ya Kholiq, sepertimana Engkau menciptakan bunga-bungaan yang cantik lagi harum, maka cantikkanlah akhlak kami Ya Badisepertimana bunga. Masukkanlah sifat lemah-lembut dan sopan-santun kami terhadapMu seperti lembutnya bunga Ya Latif Ya Halim.

Friday, March 16, 2018

Matahari dan Bulan


وَهُوَ الَّذِيْ خَلَقَ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۗ  كُلٌّ  فِيْ فَلَكٍ يَّسْبَحُوْنَ
Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)."(QS. Al-Anbiya 21: Ayat 33)
Allahumma Ya Baarik, sepertimana Engkau mengaturkan matahari, bulan dan planet-planet di dalam orbit masing-masing. Kami bermohon padaMu, tetapkanlah kami dalam orbit Islam, Iman dan Ihsan Ya Baarik Ya Baqi Ya Mukmin

Friday, March 9, 2018

Gunung


وَالْجِبَالَ اَرْسٰٮهَا 

“Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);”(QS. An-Nazi'at 79: Ayat 32)

Allahumma Ya 'Aziz Ya Qawiy Ya Matin, teguhkanlah rohani dan jasmani kami seteguh gunung yang telah Engkau jadikan sebagai pasak-pasak bumi. Teguhkanlah keimanan, ketaqwaan dan ketauhidan kami hanya padaMu Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad.

Friday, March 2, 2018

Allah itu Dekat


وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهٖ نَفْسُهٗ  ۖ  وَنَحْنُ اَقْرَبُ  اِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيْدِ“
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,"(QS. Qaf 50: Ayat 16)
وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَ مَا كُنْتُمْ ۗ  وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ“
Dan Allah tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."(QS. Al-Hadid 57: Ayat 4)
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami', ingatkanlah kami Ya Allah bahawa Engkau sentiasa bersama kami di setiap ketika dan di mana sahaja kami berada. Engkau sentiasa memandang kami, pandanglah kami dengan pandangan rahmat dan kasih sygMu Ya Rahman Rahim Ya Basir. Engkau sentiasa setia mendengar luahan dan keluhan hati kami Ya Sami', dengarkanlah bicarahati kami pdMu, dan Engkau Ya Khobir Ya Roqib sentiasa mengawasi kami, cegahlah kami drp perbuatan yang Engkau tidak sukai Ya Maani'. Ya Allah Ya Qarib, tariklah kami sentiasa dekat dgnMu agar hati kami sentiasa terpaut kpdMu Ya Hamid Ya Majid. Gantungkanlah hati dan harapan kami hanya pdMu Ya Hayyu Ya Qayyum. Penuhilah hati kami dgn cinta dan rindu hanya pdMu Ya Rauf Ya Wadud Ya Karim.