Labels

Friday, May 4, 2018

Syukur kepadaMu Ya Syakur



Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya Allah Ya Bathin Ya Syakur menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tiada duka dan kepedihan,
Rupanya Allah menutup dukanya dengan perasaan bersyukur kepada Ya Syakur dan Allah Ya Qodir Ya Muqtadir memasukkannya rasa redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya Allah Ya Salam memberikan ketenangan baginya untuk menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna, hakikatnya hanya Allah Ya Quddus Yang Maha Sempurna. 
Rupanya Allah Ya Mukmin memberikan dia keamanan dan kebahagiaan dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah Ya Qahhar dan hatinya bergantung kepada Allah Ya Somad.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim.
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini namun mereka dicukupkan oleh Ya Muqit Yang Maha Mencukupkan.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah Ya Barr Ya Karim Yang Maha Baik tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi, ampunkan aku Ya ‘Affuw Ya Ghaffar Ya Ghafur kerana hanya Engkau Maha Memaafkan dan Maha Mengampuni hambaMu.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain kerana aku yakin dengan rezeki Allah Ya Razzaq Ya Karim. Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku. Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja. Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan Allah Ya Razzaq Ya Ghoni Ya Mughni Yang Maha Memberi Rezeki lagi Maha Kaya dan Maha Memberi Kekayaan.
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda, maka Ya Allah Ya Nur Ya Haadi Ya Haq kuniakanlah bagiku cahaya petunjuk, hidayah dan kebenaranMu.
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati. Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya. Rezeki bukan pada pekerjaan kita, tetapi Allah Ya Razzaq yang menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan kerana setiap pergerakan kita adalah anugerah daripada Allah Ya Baarik, rezeki itu pula adalah hadiah Ya Wahhab Ya Karim.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa", pastilah ianya akan dihitung pada hari akhirat nanti oleh Ya Muhsi Ya Hasib Yang Maha Menghitung lagi Maha Menghisab.

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik" kerana ianya milik Ya Malik Ya Malikul Mulk pemilik 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi. Kita hanya meminjam setiap apa yang dikurniakan kepada kita.
Halalnya dihisab oleh Ya Hasib dan haramnya diazab oleh Ya Dharru Ya Hakam Ya Muntaqim yang Maha Keras azab siksaanya.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain kerana Allah itu Maha Memberi dengan penuh Kasih Sayang, Ya Rauf Ya Karim.
Jujur bila berkata, hayati bila membaca, ikhlas bila menerima, maka Ya Fattah bukalah hijab matahati kami agar kami dapat melihat nama-namaMu, sifat-sifatMu dan daya-dayaMu serta perbuatanMu di sebalik setiap makhluk, alam dan peristiwa hidup kami.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Friday, April 27, 2018

Sabar dan Solat


Allah SWT berfirman:
وَاسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ ۗ وَاِنَّهَا لَكَبِيْرَةٌ اِلَّا عَلَى الْخٰشِعِيْنَ 
wasta'iinuu bish-shobri wash-sholaah, wa innahaa lakabiirotun illaa 'alal-khoosyi'iin

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 45)

Friday, April 20, 2018

KITA TAK NAMPAK الله??


KITA TAK NAMPAK الله??
Bila الله sembuhkan kita drp kesakitan melalui ikhtiar ubat yg kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak الله Ya Salam Yang Maha Menyembuhkan dan Ya Fattah Yang Maha Membuka Pintu-pintu Penyembuhan.
Bila الله berjayakan kita dlm akademik, kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله Ya’Alim Ya Hakim Ya Rashid Yang Maha Berilmu, Maha Bijaksana lagi Maha Pintar.

Bila الله bagi kita pekerjaan yg selesa melalui cemerlangnya kita dlm bidang yg di ceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله Allah Ya Razzaq Ya Karim Yang Maha Memberi Rezeki.
Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله Ya Ghoni Ya Mughni Yang Maha Kaya lagi Maha Memberi Kekayaan.
Bila الله kurniakan kita pasangan yg soleh/solehah serta keluarga yg bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله Allah Ya Barr Yang Maha Baik mengalirkan kebaikan melalui keluarga.
Bila الله keluarkan kita drp masalah melalui bantuan manusia di sekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tsbt.. Kita tak nampak الله Ya Fattah Yang Maha Membuka Jalan Penyelesaian kepada masalah kita dan Ya Wahhab yang Maha Membantu melalui manusia di sekeliling kita.
Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله Ya Mu’iz Yang Maha Memuliakan dan Ya Rafi’ Yang Maha Menaikkan martabat kita di dunia dan akhirat.
Bila الله Ya Razzaq bagi segala jenis nikmat yg tak pernah mintak di bayar & tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله Ya Rahman Ya Rahim Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan penyayang.
Sungguh, mata hati kita masih buta & samar.. Dek keangkuhan seorg hamba @ kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Allah Ya Kholiq Maha Mencipta di sebalik kejadian.
Bukan senang utk didik diri & hati melihat الله Ya Baarik dlm setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dr الله Ya Mubdi’ hidup utk الله Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad & balik kpd الله Ya Mu’id.
Pesan Pada Hati

Friday, April 6, 2018

Jaminan Rezeki



اِنَّ اللّٰهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِيْنُ
innalloha huwar-rozzaaqu zul-quwwatil-matiin

"Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya."
(QS. Az-Zariyat 51: Ayat 58)

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Razzaq Ya Karim, sesungguhnya Engkaulah Pemberi Rezeki kepada setiap makhlukMu. Maka Ya Allah, rezekikanlah buat kami ilmu mengenalMu dan syurga firdausMu tanpa hisab buat kami. Rezekikanlah kasih sayang dan cintaMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Rauf Ya Wadud Ya Karim.

Friday, March 30, 2018

Bersihkan Hati


Allahumma Ya 'Affuw Ya Ghaffar Ya Ghafur ampunkan dan maafkanlah dosa kami umat Muhammad s.a.w. Bersihkan dan jernihkanlah hati kami drp karat dosa, berhala dunia, penyakit hati, dosa syirik dan syaitan yg mengalir dalam darah, Ya Quddus Ya Jalil. Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungilah dan pagarilah hati kami drp godaan serta tipu daya syaitan dan nafsu.

Friday, March 23, 2018

Bunga


وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ

"Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;“ (QS. Ar-Rahman 55: Ayat 12)

Allahumma Ya Kholiq, sepertimana Engkau menciptakan bunga-bungaan yang cantik lagi harum, maka cantikkanlah akhlak kami Ya Badisepertimana bunga. Masukkanlah sifat lemah-lembut dan sopan-santun kami terhadapMu seperti lembutnya bunga Ya Latif Ya Halim.

Friday, March 16, 2018

Matahari dan Bulan


وَهُوَ الَّذِيْ خَلَقَ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۗ  كُلٌّ  فِيْ فَلَكٍ يَّسْبَحُوْنَ
Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)."(QS. Al-Anbiya 21: Ayat 33)
Allahumma Ya Baarik, sepertimana Engkau mengaturkan matahari, bulan dan planet-planet di dalam orbit masing-masing. Kami bermohon padaMu, tetapkanlah kami dalam orbit Islam, Iman dan Ihsan Ya Baarik Ya Baqi Ya Mukmin

Friday, March 9, 2018

Gunung


وَالْجِبَالَ اَرْسٰٮهَا 

“Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);”(QS. An-Nazi'at 79: Ayat 32)

Allahumma Ya 'Aziz Ya Qawiy Ya Matin, teguhkanlah rohani dan jasmani kami seteguh gunung yang telah Engkau jadikan sebagai pasak-pasak bumi. Teguhkanlah keimanan, ketaqwaan dan ketauhidan kami hanya padaMu Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad.

Friday, March 2, 2018

Allah itu Dekat


وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهٖ نَفْسُهٗ  ۖ  وَنَحْنُ اَقْرَبُ  اِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيْدِ“
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,"(QS. Qaf 50: Ayat 16)
وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَ مَا كُنْتُمْ ۗ  وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ“
Dan Allah tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."(QS. Al-Hadid 57: Ayat 4)
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami', ingatkanlah kami Ya Allah bahawa Engkau sentiasa bersama kami di setiap ketika dan di mana sahaja kami berada. Engkau sentiasa memandang kami, pandanglah kami dengan pandangan rahmat dan kasih sygMu Ya Rahman Rahim Ya Basir. Engkau sentiasa setia mendengar luahan dan keluhan hati kami Ya Sami', dengarkanlah bicarahati kami pdMu, dan Engkau Ya Khobir Ya Roqib sentiasa mengawasi kami, cegahlah kami drp perbuatan yang Engkau tidak sukai Ya Maani'. Ya Allah Ya Qarib, tariklah kami sentiasa dekat dgnMu agar hati kami sentiasa terpaut kpdMu Ya Hamid Ya Majid. Gantungkanlah hati dan harapan kami hanya pdMu Ya Hayyu Ya Qayyum. Penuhilah hati kami dgn cinta dan rindu hanya pdMu Ya Rauf Ya Wadud Ya Karim.

Friday, February 23, 2018

Batu


ثُمَّ قَسَتْ قُلُوْبُكُمْ مِّنْۢ بَعْدِ ذٰلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ اَوْ اَشَدُّ قَسْوَةً   ۗ  وَاِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْاَنْهٰرُ ۗ  وَاِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَآءُ ۗ  وَاِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللّٰهِ ۗ  وَمَا اللّٰهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُوْنَ“

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 74)

Allahumma Ya Latif, lembutkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu dan menjauhi laranganMu. Jangan biarkan hati ini keras seperti batu, sedangkan batu itu juga takut kepadaMu Ya Allah.

Friday, February 16, 2018

Burung



اَوَلَمْ يَرَوْا  اِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صٰٓفّٰتٍ وَّيَقْبِضْنَ  ۘ  مَا يُمْسِكُهُنَّ اِلَّا الرَّحْمٰنُ  ۗ  اِنَّهٗ بِكُلِّ شَيْءٍۢ بَصِيْرٌ

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”(QS. Al-Mulk 67: Ayat 19)

Sesungguhnya Engkau Ya Kholiq Yang Maha Pencipta menciptakan burung dan seluruh makhluk. Engkau Ya Rofi' Yang Maha Menaikkan, menaikkan burung ke udara dan Ya Khofidh Yang Maha Menurunkan, menurunkan burung ke tanah semula. Kembang dan tutup sayap burung adalah hanya dengan dayaMu Ya Fattah Yang Maha Membuka. Engkau Ya Hafiz Ya Muhaimin Yang Maha Menjaga lagi Maha Memelihara burung di kala terapung di langit. Allahumma Ya Fattah, bukalah mata hati kami agar dapat melihat setiap nama, daya dan sifatMu di sebalik setiap kejadian makhluk, alam dan peristiwa, Ya Basir Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rashid.

Friday, February 9, 2018

Hati, Mata dan Telinga




وَلَـقَدْ ذَرَأْنَا لِجَـهَنَّمَ كَثِيْرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْاِنْسِ   ۖ  لَهُمْ قُلُوْبٌ لَّا يَفْقَهُوْنَ بِهَا  ۖ  وَلَهُمْ اَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُوْنَ بِهَا  ۖ  وَلَهُمْ اٰذَانٌ لَّا يَسْمَعُوْنَ بِهَا   ۗ  اُولٰۤئِكَ كَالْاَنْعَامِ بَلْ هُمْ اَضَلُّ   ۗ  اُولٰۤئِكَ هُمُ الْغٰفِلُوْنَ

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."(QS. Al-A'raf 7: Ayat 179)

Allahumma Ya Sami' Ya Basir bantulah kami utk menggunakan telinga & mata ini  utk mentaati segala perintahMu. Lunakkanlah hati kami Ya Latif agar sentiasa mengambil iktibar drp kalamMu, & terangilah ia dgn cahaya petunjukMu Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq.